GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dera membabitkan isteri dan sembilan anaknya dalam kejadian di daerah Timur Laut, di sini, baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Ra'ais berkata lelaki berumur 41 tahun dan bekerja sebagai peniaga itu ditahan semalam di negeri ini selepas pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian tersebut daripada isterinya.
"Wanita berusia 31 tahun yang merupakan isteri lelaki itu membuat laporan polis mendakwa dia bersama sembilan anak mereka berumur satu hingga 13 tahun telah menjadi mangsa dera lelaki tersebut.
"Ekoran itu, polis menahan lelaki terbabit bagi membantu siasatan dan dia kini direman bermula hari ini hingga 6 Jan, kes disiasat menurut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata rawatan perubatan dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti berapa ramai anak pasangan itu menjadi mangsa dera namun polis tidak menolak kemungkinan lebih daripada seorang yang mengalami kecederaan.
Ditanya sama ada wanita itu turut didera, Rahimi berkata pihaknya sedang menunggu laporan perubatan mangsa yang merupakan warga asing.
Katanya, beliau meminta kerjasama orang ramai atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.
Gambar seorang wanita bersama sembilan anaknya yang diselamatkan oleh beberapa individu dengan bantuan NGO di Pulau Pinang selepas menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental oleh suami mangsa, tular dalam media sosial.
Berdasarkan gambar itu juga, terdapat kesan kecederaan melibatkan beberapa anak pasangan itu malah wanita tersebut turut mendakwa dia juga didera fizikal dan mental sehingga bertindak meminta bantuan beberapa individu untuk melarikan diri daripada suspek kerana sudah tidak tahan menanggung derita.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 01 2022
Rahimi berkata lelaki berumur 41 tahun dan bekerja sebagai peniaga itu ditahan semalam di Pulau Pinang selepas pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian tersebut daripada isterinya. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Suami 'psiko' dera, kurung isteri selama 12 tahun
PIHAK berkuasa Perancis pada Isnin menahan seorang penganggur warga Jerman berusia 55 tahun selepas isterinya ditemui dalam keadaan bogel dan menyayat hati.
Polis terima laporan kes tular lelaki dera isteri di Kajang
Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung perbuatan seorang lelaki dipercayai suami tular di media sosial apabila mendera seorang wanita di sebuah rumah di sekitar Kajang, baru-baru ini.
Lelaki mengaku tidak bersalah dera tujuh anak dan pukul isteri
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendera tujuh anaknya yang berusia lima hingga 14 tahun antara Januari hingga Disember tahun lalu.
Lelaki ditahan bantu siasatan dera isteri dan sembilan anak
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dera membabitkan isteri dan sembilan anaknya dalam kejadian di daerah Timur Laut, di sini, baru-baru ini.
Gara-gara masakan tak sedap, isteri dirantai dan dipukul dengan kayu
Leher mangsa diikat pada perabot selepas pasangan suami isteri tersebut bergaduh dan dia turut dipukul dengan kayu.
Belasah isteri kerana disuruh hantar anak ke sekolah
Seorang peniaga dituduh menampar, menumbuk, menendang dan mengugut bunuh isterinya hanya kerana disuruh menghantar anak ke sekolah.
Suspek kes dera isteri ditangkap polis
Lelaki berusia 37 tahun yang merupakan anggota Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Segamat esok.
Anggota SPRM dera isteri: Polis buka kertas siasatan - Khalid
Lelaki berusia 37 tahun itu diperlukan bagi membantu siasatan berhubung tiga laporan membabitkan ugutan jenayah, keganasan rumah tangga dan juga penyalahgunaan dadah.
Lelaki dakwa dibesar menyaksikan ayah selalu pukul ibu
Wartawan Shafizan Johari menemu bual seorang lelaki, yang mendakwa dibesarkan dalam sebuah keluarga di mana bapanya selalu angkat tangan ke atas ibunya.
Suami kelar isteri 18 kali kerana minta cerai
Mangsa dikatakan meminta cerai selepas tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang didakwa tidak bertanggungjawab serta kerap keluar masuk penjara.